baca2 jgn x baca

tak perlu mendabik diri dalam mengejar ilmu

alam menekuni ilmu tak kiralah ilmu batin ker, ilmu matematik ker, lebih-lebih lagi ilmu agama. Janganlah kita mendabik diri kitalah terbaik. Sekarang ramai yang mengaku macam-macam. Mengaku wali abdal lah, siap dengan mengedar risalah lagi, munculnya wali abdal abad ini. Atau dengan ayat guru segala gurulah, lebih atas dari gurulah, naik ke langitlah. Dah macam Hollywood maa. Bila disanggah siap ajak berlawan, beradu ilmu. Bila diperingatkan, mula berpura-pura alim dalam masa yang sama memberi buah kilas dituduhnya orang menegur sebagai riak dan sebagainya. Itulah antara penyakit-penyakit hati yang banyak dijelaskan dalam kitab tasawuf.

Cuba kita perhati bagaimana kalam Nabi Allah Yusuf. Betapa beraluhnya dalam berkata-kata jauh sekali mengaku dialah orang paling suci bersih alim dikalangan manusia. Kita ni nabi pun bukan, amalan pun kurang, dosa banyak, mengaji Quran sebulan sekali cuma bulan puasa banyak sikit, mengaku macam-macam. Allahu Akbar sombongnya kita nih.(ambik dari orang)

ADAKAH KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HATI YG KERAS???



adakah kita tergolong orang2 yg berhati keras...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan. Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya“.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
I Luv Islam~petikan dari.... blog love islam...

BACALAH SEMOGA IA DAPAT MENEGUHKAN LAGI IMAN KITA..AMIN


Maklumat berkaitan apabila muncul hari kehancuran buat kita menginsafi diri sendiri disamping mengingatkan diri sendiri agar bertakwa dan beriman kepada Allah s.w.t. Sama-samalah kita menghayatinya. Relexkan diri anda, sandar kat kerusi tu, picit skit jari bia bunyik, baca.......



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.



✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.



✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.



✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.



✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ - Pemimpin yang adil.



ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.



ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.



ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.



ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".



ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).



ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.



✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.



✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.



✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat



✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.



✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.



✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.



✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.



✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.



✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :



ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.



ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.



ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.



(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)



✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.



✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.



✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :



① Sedekah/amal jariahnya.



② Doa anak²nya yang soleh.



③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.



>sumber: Amar Sufi
(diambil dari cerita orang gok)sory erk...

MAKSUD PERKATAAN SALAM??

سْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

pemuda yang teguh imannya!!

Seorang pemuda bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid .

Dia berpakaian, berwudhu’ dan berjalan menuju masjid .

Ditengah jalan menuju masjid , pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu’, dan, LAGI,
berjalan menuju masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah.
Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju,
berwudhu’ dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang pemuda yg memegang lampu.
Dia berkenalan dengan pemuda tersebut, dan pemuda itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,
jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.
Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada pemuda yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
Pemuda kedua menolak.
Pemuda pertama mengajak lagi hingga berkali-kali dan,
lagi, jawapannya sama.
Pemuda pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

Pemuda kedua menjawab

Aku adalah syaitan.

Pemuda itu terkejut dengan jawaban pemuda kedua.
Syaitan kemudian menjelaskan,
'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah,
membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa-dosamu.
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk ketiga kalinya,
jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu,
jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat.

Jadi, jangan pernah biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .
Sekian, semoga ada manfaatnya

SIAPAKAH ORANG??


Siapakah org yg sombong?
-Org yg sombong adlh org yg d beri penghidupan tp tdk mahu sujud pd yg m'jdkn kehidupan itu,iaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekalian alam.Maka bertasbihlah segala apa yang ada d bumi & langit pd Tuhannya kecuali jin & manusia yg sombong diri.
Siapakah org yg telah mati hatinya?
-Org yg telah mati hatinya adlh org yg d beri petunjuk melalui ayat2 Al-Quran,hadis & cerita2 kebaikan namun merasa tdk ada apa2 kesan d dlm jiwa utk b'taubat.
Siapakah org yg dungu kepala otaknya?
-Org yg dungu kepala otaknya adlh org yg tdk mahu lakukan ibadattp menyangka bahawa Tuhan tdk akn m'nyiksanya dgn kelalaian nye itu & sering merasa tenang dgn kemaksiatannya.
Siapakakh org yg kuat?
-Org yg kuat adlh org yg dpt menahan kemarahannya ketika die d dlm kemarahan.
Siapakah org yg lemah?
-Org yg lemah adlh org yg melihat akn kemaksiatan d dpnnya tdk sedikit pn ad kebencian d dlm hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah org yg bakhil?
-Org yg bakhil adlh org yg berat lidahnya utk m'baca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah org yg buta?
-Org yg buta adlh org yg tdk mahu m'baca & meneliti akan kebesaran al-Quran & tdk mahu m'ambil pelajaran drpdnya.
Siapakah org yg tuli?
-Org yg tuli adlh org yg d beri nasihat & pengajaran yg baik namun tdk diendahkannya.
Siapakah org yg sibuk?
-Org yg sibuk adlh org yg tdk mengambil berat akan waktu solatnya seolah2 ia  m'punyai kerajaan spt kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah org yg manis senyumannya?
-Org yg manis senyumannya adlh org yg di timpa musibah lalu dia b'kata "inna lillahi wainna lillahi rajiuun." lalu smbil b'kata, "Ya Rabbi Aku redha dgn ketentuan-Mu ini,"  sambil mengukir senyuman.
Siapakah org yg menangis air mata mutiara?
-Org yg menangis air mata mutiara adlh org2 yg sdg b'sendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan & menyesal akan dosa2nya lalu mengalir air mata.
Siapakah org yg kaya?
-Org yg kaya adlh org yg b'syukur dgn apa yg ada & tdk lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah org yg miskin?
-Org yg miskin adlh org yg tdk puas dgn nikmat yg ada sentiasa menumpuk2kn harta.
Siapakah org yg mundur hidupnya?
-Org yg mundur hidupnya adlh org yg tdk m'pedulikan akan haram & halalnya sesuatu perkara itu.
Siapakah org yg gila itu?
-Org yg gila itu adlh org yg tdk sembahyang krna hnya 2 syarat sj yg m'bolehkan akan seseorg itu meninggalkn sembahyang,pertama sekiranya ia haid & kedua ketika ia tdk siuman akalnya.
Siapakah org yg rugi?
-Org yg rugi adlh org yg sudah smpai usia pertengahan namun masih berat melakukan ibadat & amal2 kebaikan.
Siapakah org yg selalu di tipu?
-Org yg selalu di tipu adlh org muda yg menyangka bahawa kematian itu b'laku hanya pd org tua.
Siapakah org yg paling cantik?
-Org yg paling cantik adlh org yg m'punyai akhlak yg baik.
Siapakah org yg mempunyai rumah yg paling luas?
-Org yg m'punyai rumah yg paling luas ialah org yg mati yg m'bawa amal2 kebaikan d mana kuburnya akan d perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah org yg mempunyai rumah sempit lg d himpit?
-Org yg m'punyai rumah sempit adlh org yg mati tdk m'bawa amal2 kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah org yg mempunyai akal?
-Org yg m'punyai akal adlh org yg m'huni syurga kelak krna tlh mgunakan akal sewaktu d dunia utk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg bijak?
-Org yg Bijak ialah org yg tdk m'biarkan halaman ini begitu shja,malah dia akan m'baca & memahami lalu m'nyampaikan pula kpd yg lain.                                       
                                              <span>Wallahhualam..<(',')></span>(ambik dari orang)

ANTARA FIRMAN2 ALLAH S.W.T!!

MAKSUDNYA:
dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh) sedang kamu tidak dapat juru tulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang)
(surah al-baqarah:ayat 283)

MAKSUDNYA:

dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina adalah perbuatan yang keji dan suatu jalan yang jahat
(surah al-isyrak;ayat 32)

Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan..

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA KU!!

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

(^)
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU

betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

(^^)
Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…..♥